Archive for the ‘motivasi’ Category

Don’t Lie, Please My Dear..

January 31, 2007

For my advice today, please don’t ever do one lie in your life. If you do even one, trust me, you will do that bad thing again. See, i know anybody in this world, must be in one year, you lie..u lie to your mum, your dad. You lie to another people and do that thing everyday. Trust me, sometimes you happy when u lied to some people. But please trust me another thing, you heart was crying when you do that lying..

When somebody lie..their heart was crying. Maybe you never hear that sound. But , if you concentrate, I confident..You hear that sad sound. Trust me and trust your heart.In this life, heart must be not hurt..If you do that lying again, it will crying every single lying you do..especially to someone you love..

One think about lying people. When someone trying lying to you, see their eyes..If the eyes not moving around when he or she talk to you. He tell the true, but if NOT, trust me, them try to to lie or cheat you..

Please, don’t ever lie. I know is hurt to never a lie. But will you try it ?

Try it..try never do a single a lie in one weeks. Something good will be happen in your life..Try it and show me..

Komen dan Kritik Membina

January 31, 2007

Apa perasaan korang bila mendapat kritikan yang pedas masin punya dari kawan dan orang2 yang kita tak berapa kenal yang melakukan perbuatan sedemikian. Apakah juga yang anda fikirkan apabila ianya berlaku pada kwan anda?

Dalam 2,3 hari ini selepas aku membuat post untuk membuat satu forum yang berbayar. ramai yang memberi komen dan kritikan. Tak kiralah yang macam mengutuk dan yang membina. semua aku terima dengan hati terbuka. Dan aku harap, orang Malaysia dapat join forum tu sebabnya, hanya untuk orang Malaysia. Negara lain tak leh join. Sebab bayaran dia Only In Ringgit Malaysia. Bukan E-gold atau Paypal dan aku akan check setiap yang register dekat site tu..hoho. So korang tak leh nak kelengtong aku. hahah…

Yang paling aku takut bila aku buat nanti, rajin plak para2 hackers yang aku menggunakan kepandaian mereka. So, aku buat cara paling selamat dan paling tak membahayakan diri aku. Untuk tempoh percubaan, aku akan cuba membayar dalam tempoh 2 bulan. Jika berjaya..aku akan teruskan forum itu. Jika tidak..tak dapatlah den nak kata apa..Harap2 dapat support dari korang semua..

Oklah..tak dapat nak cakap banyak, sebab online kat cc ni. kalau kat rumah anytime boleh cakap. Tapi kat kedai ni..dah nak 3 jam aku dok sini. Panas dah kerusi ni..

Baik..kalau site dah approve dan boleh lunch..silala register dan buat post yang korang mampu..aku akan cuba wat yang terbaik untuk orang Malaysia memandangkan tak ada orang berani buat. So, aku buat..wat masa sekarang, tengah cari sponsor…Mana ek..plabur2 swisscash ni..sesiapa yang berminat nak jadi sponsor..Leh contact aku kat email private aku : titaniumhijau@gmail.com

Bah..akum.! 

Rozali dan Kereta berwarna biru

September 15, 2006

Baik. Kali ini aku akan kongsi satu cerita. Ada seorang budak. Nama dia Rozali. Dia mempunyai cita-cita. Dia ingin jadi doktor. Sejak kecik lagi dia bilang sama bapa dia, dia hendak jadi Doktor. Dia bilang juga sama orang kampung dia nak jadi Doktor dan hendak buka klinik di Kampungnya. Nama kampun dia Kampung Batu Galah. Jangan tanya aku kenapa nama kampung camtu. Dengar saje cerita ni..

Nak dijadikan satu cerita. Ketika darjah 6, Rozali berjaya dalam exam UPSR. DAn dia dimasukkkan ke sekolah asrama penuh. Almaklumlah, keluarga Rozali tak berapa berada, maka orang2 kampung dok pakat kumpul duit nak hantar Rozali gi sekolah asrama penuh. Rozali terharu. Dia tak habis2 berjanji kt orang kampung yg dia akan jadi Doktor pertama yg lahir dari Kampung Batu Galah ini. Itu nekad dia. Mahu berbakti pada orang kampung.

Dan akhirnya, setelah belajar bersungguh2 di sekolah asrama penuh itu, dia sekali lagi berjaya dalam pelajarannya dan silap hari bulan dia dinobatkan pelajar terbaik peringkat sekolah waktu itu. Bapa mana yang tak terharu bukan sampaikan bapanya tumbangkan sekor lembu buat kenduri satu kampung. Dan disebabkan itu jugalah, Rozali ditawarkan belajar dalam bidang kedoktoran di Russia. Dan sekali lagi Rozali dihimpit masalah. Ya, masalah kewangan. Dia memerlukan belanja hampir 20 ribu ketika itu. Dan dengan keadaannya yg memang miskin itu, sekali lagi orang kampung pakat2 nak tolong Rozali.

Dan nak dijadikan cerita 20 ribu itu dapat dikumpulkan dalam masa tak sampai seminggu sebelum Rozali berlepas ke Russia. Orang kampung berjaya mengumpul dekat 10ribu, bantuan YB dan ketua kampung secara personal dekat seribu sorang..dan yg bakinya..bapa dia jual lembu dan pajak tanah pusaka diorang..dan cukuplah jumlah yang diperlukan, siap berlebih lagi buat belanja gula2 kat sana..

Masa kt airport Subang, berduyunlah org kampung kononnya nk menghantar si Rozali dengan harapan yg menggunung. Bapanya siap menangis. Mak ROzali dah lama meninggalkan. Tapi dia ada adik 8 orang..banyak tu. Siti anak ketua kampung nangis sebab tunangnya nak pergi luar negara. Mana taknya..takut ROzali main kayu tiga, sebab Rozali ni memang hensome dan kaki ngorat pempuan tapi otak bergeliga.

Dan genap 5 tahun lebih, Rozali sekali lagi berjaya dan layak bergelar sebagai seorang Doktor. Berikutan itu, ini bermaksud, tercapaila jua hasrat bapa dan orang kampung. Orang kampung begitu gembira dan Siti pun suka betul sebab Rozali dah berjaya. Tak sabar nak kahwin dengan ROzalilah..maklumlah. Bakal isteri Doktorlah katakan..

2 tahun kemudia. Rozali hidup bahagia. Bapanya meninggal dunia setahun yg lepas selepas sempat melihat cucu Rozali dengan Siti. Dan tersengam indah di hadapan rumahnya, sebuah kereta berwarna biru jenis Honda. Pada masa yg sama, ROzali mempunyai sebuah klinik yg kecil yg dikendalikan oleh dirinya dan dibantu oleh SItu sendiri.Orang Kampung tersangatlah hepi dan gumbira dengan apa yg terjadi terhadap ROzali. Dan Rozalilah merupakan insan perfek yg boleh dijadikan contoh terhadap Kampung Batu Galah kerana melahirkan seorang elit..dan ternyata Rozali tidak melupakan jasa orang kampung.

Hasil duit Kliniknya itulah, dia berjaya membina sebuah kompleks dikampungnya dan menyebabkan kampungnya membangun. Banyak kawasan ladang dan kilang dimajukan hasil buah pikirannya. Maklumlah, orang belajar kat Russia kan? So, otak pun maju ke depan dan siap pandai  jana wang lagi tu..Ketua Kampung lagilah hepi sebab akan bertanding kerusi Menteri..maklumlah ramai sangat dah dok menyokong dan juga hasil usaha Rozali sendiri. Menantu kesayangan..

Da hujung cerita ini.Rozali ternyata berjaya membawa peluang baru kepada orang kampung. Korang nampak kan apa yg aku nak sampaikan melalui cerita serba pendek ini?

Ya..yg pertama, usaha tangga kejayaan.

Kedua, niat. Rozali dari kecil lagi dah berniat ingin menjadi Doktor nak berkali2 menyatakan niatnya. Maksudnya dia tak main2 dan bersungguh dengan apa yg dia buat.

Yang ketiga : Nilai ilmu yg diperoleh oleh Rozali tidak dipersiakan. Walaupun dia dapa wat degree dalam perubatan tapi dia reti buat bisnes. Maksudnya otak mesti generated..lebih2 lagi otak belah kiri yg dok asik kira nombor tu..

Dan sebenarnya banyak lagi yg korang boleh dapat dalam cerita ini..inilah cerita Rozali dengan kereta berwarna biru..