Climb Kinabalu Mount – THe highest peak in Asian

Aku nak beritahu bahawa aku baru saja turun dari mendaki gunung kinabalu pada Sabtu dan Ahad yang lepas. PAda pagi sabtu itu aku bertolak dari Kota kinabalu dan bertolak ke Kinabalu Park pada jam 7.30 pagi. Kami sampai tepat jam 9.30 di kinabalu park dan urusan hal pejabat dan sijil diuruskan oleh budak2 aku. Aku malas nak handle sebab penat dan bagi aku biarlah budak2 baru yang urus. Aku dah EMPAT kali naik mendaki gunung ini dan aku taula sikit2. bukan nak riak, at least aku tau sikit2 tentang benda ni.  Pendek kata semua urusan berjalan dengan lancar.

Tepat jam 10.30 kami mula mendaki dan perjalan agak mencabar sebab kami lalu Gate Mersilau. Agak hebat bagi mereka yang baru kali pertama melalui Gate ini sebab dengan melalui gate Mersilau..kami terpakse jalan lebih 8.5 km sebelum sampai ke Laban Rata. Dan akhirnya aku dan atul berjaya sampai ke tempat penginapan Laban rata pada jam 6.10 petang. Terus kami order nasi goreng cina 5 bungkus untuk 4 orang budak2 perempuan yang masih belum sampai. pada jam 7.15 pm, muncul 2 orang budak perempuan dan dikuti lagi 2 orang pada jam 8.20 pm. Besar kan beza kudrat lelaki dengan pempuan? Hehe..

Dipendekkan cerita, setelah makan dan berehat serta mendapatkan tidur yang secukupnya, kami bertolak ke puncak kinabalu pada jam 2.30pagi. Perjalaan tidak sesukar yang aku fikirkan. Dan aku rasa ini perjalanan yang paling mudah bagi aku setelah 4 kali mendaki gunung. setiap tahun 1 kali. Sebabnya, pagi itu tak hujan, bulan penuh, tak yah pakai torch light dan angin tak berapa kuat. Dan aku pecah rekod sendiri sampai ke sayat-sayat pada jam 4am dan sampai ke puncak dlm area jam 5.10 am. Tapi, aku dan atul tunggu budak sampai 6.15 untuk tunggu matahari terbit. Jam 7 pagi kami setat turun kembali ke Laban rata..aku dan atul sampai jam 9.15 dan kami berehat seketika.

Setelah check out..kami bertolak turun melalui gate timpohon. Dari timpohon ke kinabalu park hanya 6km. Tak berapa jauh dan perjalanan antara mersilau dan timpohon sangat berbeza. Satu, jarak. Lain perasaannya bila kita turun atau naik gunung. So, sebenarnya bila turun tak sampai 3 jam. Kalau kita maintain tak berhenti..aku berhenti 3 kali untuk pergi tandas dan minum air je..

Dan akhirnya kami sampai ke kinabalu park semula pada jam 2.30 petang. Sangat cepat. Selalunya pukul rata jam 4-5 petang. Sampai je terus amik sijil dan bertolak balik sebab pakcik yang bawa kami balik ke kk dan siap sedia tunggu. So, apa lagi. Berambus jelah..dah penat gila masa tu. Haha..

Sampai rumah..aku terus tido..

Habis cerita..best tak cerita aku pada 3-4 Mac 2007. New kaizen and new experience in Mac 2007.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: