Archive for February 2007

Rikoriko Forum Dilancarkan secara tidak rasmi

February 12, 2007

Jika semalam aku kata forum tu hanya boleh di invite seramai 20 orang. Namun sekarang, anda boleh register percuma di forum tersebut. Sertai cepat dan jangan terlambat.

Banyak contest yang menarik menunggu anda..sila klik pada Link di bawah ini..

Rikoriko Forum

Sila melawat ye..Jangan malau-malau dan rajin2 lah berforum di situ. Anda dibayar sedikit imbuhan ketika berforum dan banyak faedah yang bakal anda terima di forum tersebut.

Hasil Yang Agak Lumayan

February 10, 2007

Ada berita baik dan perkara yang tak berapa sedap arinih..aku cerita perkara yang baik ajelah..Apa dia benda baik tu? Usaha aku membuahkan hasil. Aku dapat payment dari beberpa website. Walaupun agak rendah tapi agak membuahkan hasil setelah beberapa minggu bertungkus lumus membuat kerja yang nampak macam tak ada faedah langsung tapi at least aku dapat duit percuma dari internet..hasil dah nampak lah sekarang..ok..ni list senarai dari mana aku dapat duit..walaupun aku lambat update..tapi tu pun salah diorang..lambat masukkan duit ke e-gold aku. harap2 aku dapat rezeki lebih hingga hujung februari ni. nampak gaya aku kena 24 hours sampai hari khamis depan sebab, hanya sampai itu sajelah intternet kat rumah aku akan online 24 jam. Lepas itu akan berambus dari ruman no 9 ini..OK..nih list yg aku dah dapat tu..

1. Mylot ($31.12)
2. Thegreeennation forum ($4.00)
3. Hyipstalk.com ( $10.00)
5. Totalshares.com ($2.67)
6. Stable.com ($0.18)
7. Egoldtrust.com ($0.36)
8. Bidvertiser ($1.69)
9. sign-profit.com ($2.50)
10. look2earn ($0.24)

Ini je kot yang aku ingat. Nanti aku tengok balik. Patutnya dalam hujung bulan Januari hingga 8 Februari nih aku dapat banyak payment. Tapi lambat update. Nanti aku update semua benda yang aku dapat dari internet. Nampak macam kecik kan? Tapi berbaloilah dengan modal. FREE semuanya dan aku dapat dalam masa sebulan. Sebulan ini pun bukan hari2 aku wat..dan cukup akhir februari ini aku akan wat withdrawal ke Maybank aku..macam mana? Nanti aku bagitau caranya..

Kalau 2 hari yang lepas hati aku agak bercelaru..sekarang pun tgh bercelaru. Sakit di hati dan sakit di jantung sangat berbeza. Belum campur sakit kat otak lagi. aku tak tahu macam mana nak cakap. Aku tahu banyak penipuan dan banyak benda yang tidak diketahui oleh aku. Aku bersabar sahaja sekarang menantikan perkara sebenar terbongkar. aku tau dia cuba melindungi sesuatu..tak apa. hari itu akan tiba. daan aku pasti dia dan aku sedang berusaha ke hari itu. Aku pasti…aku percaya pada dia..Oklah..aku nak buat kerja sedikit. harap sangat dapat terus onlihe. tapi memandangkan badan aku bukan badan orang muda, terpakselah berusaha secara minimum. Tidak dapat macam dulu. Tapi aku cuba jugak..manalah tau kan. ada hasil jugak kadang2.

.http://www.emailcashpro.com

Ini program paid to read dari Singapore..

Review this Excellent Site !!

February 6, 2007

Aku ada satu benda nak beri kat korang. Korang nak tau dapat duit hanya melalui signiture korang? Dan terus masuk ke akaun E-gold korang. Aku ada satu site yang betul2 bayar member dia yang promote banner diorang kat signiture korang kat mana2 forum. Jika berminat, korang leh view kat sini..

Ok..2 banner ini merupakan sumber pendapatan aku. Korang boleh try cari information kat site diorang. Senang dan mudah. Aku akan letakkan bukti pembayaran yang aku dapat. Kerjanya senang, letak code dekat signiture korang dan biarkan je. Ada orang view je page, korang akan dapat duit. Berapa, korang join dulu..Nanti korang tau sendiri..


Climb Kinabalu Mount – THe highest peak in Asian

February 5, 2007

Aku nak beritahu bahawa aku baru saja turun dari mendaki gunung kinabalu pada Sabtu dan Ahad yang lepas. PAda pagi sabtu itu aku bertolak dari Kota kinabalu dan bertolak ke Kinabalu Park pada jam 7.30 pagi. Kami sampai tepat jam 9.30 di kinabalu park dan urusan hal pejabat dan sijil diuruskan oleh budak2 aku. Aku malas nak handle sebab penat dan bagi aku biarlah budak2 baru yang urus. Aku dah EMPAT kali naik mendaki gunung ini dan aku taula sikit2. bukan nak riak, at least aku tau sikit2 tentang benda ni.  Pendek kata semua urusan berjalan dengan lancar.

Tepat jam 10.30 kami mula mendaki dan perjalan agak mencabar sebab kami lalu Gate Mersilau. Agak hebat bagi mereka yang baru kali pertama melalui Gate ini sebab dengan melalui gate Mersilau..kami terpakse jalan lebih 8.5 km sebelum sampai ke Laban Rata. Dan akhirnya aku dan atul berjaya sampai ke tempat penginapan Laban rata pada jam 6.10 petang. Terus kami order nasi goreng cina 5 bungkus untuk 4 orang budak2 perempuan yang masih belum sampai. pada jam 7.15 pm, muncul 2 orang budak perempuan dan dikuti lagi 2 orang pada jam 8.20 pm. Besar kan beza kudrat lelaki dengan pempuan? Hehe..

Dipendekkan cerita, setelah makan dan berehat serta mendapatkan tidur yang secukupnya, kami bertolak ke puncak kinabalu pada jam 2.30pagi. Perjalaan tidak sesukar yang aku fikirkan. Dan aku rasa ini perjalanan yang paling mudah bagi aku setelah 4 kali mendaki gunung. setiap tahun 1 kali. Sebabnya, pagi itu tak hujan, bulan penuh, tak yah pakai torch light dan angin tak berapa kuat. Dan aku pecah rekod sendiri sampai ke sayat-sayat pada jam 4am dan sampai ke puncak dlm area jam 5.10 am. Tapi, aku dan atul tunggu budak sampai 6.15 untuk tunggu matahari terbit. Jam 7 pagi kami setat turun kembali ke Laban rata..aku dan atul sampai jam 9.15 dan kami berehat seketika.

Setelah check out..kami bertolak turun melalui gate timpohon. Dari timpohon ke kinabalu park hanya 6km. Tak berapa jauh dan perjalanan antara mersilau dan timpohon sangat berbeza. Satu, jarak. Lain perasaannya bila kita turun atau naik gunung. So, sebenarnya bila turun tak sampai 3 jam. Kalau kita maintain tak berhenti..aku berhenti 3 kali untuk pergi tandas dan minum air je..

Dan akhirnya kami sampai ke kinabalu park semula pada jam 2.30 petang. Sangat cepat. Selalunya pukul rata jam 4-5 petang. Sampai je terus amik sijil dan bertolak balik sebab pakcik yang bawa kami balik ke kk dan siap sedia tunggu. So, apa lagi. Berambus jelah..dah penat gila masa tu. Haha..

Sampai rumah..aku terus tido..

Habis cerita..best tak cerita aku pada 3-4 Mac 2007. New kaizen and new experience in Mac 2007.