Archive for September 2006

Rozali dan Kereta berwarna biru

September 15, 2006

Baik. Kali ini aku akan kongsi satu cerita. Ada seorang budak. Nama dia Rozali. Dia mempunyai cita-cita. Dia ingin jadi doktor. Sejak kecik lagi dia bilang sama bapa dia, dia hendak jadi Doktor. Dia bilang juga sama orang kampung dia nak jadi Doktor dan hendak buka klinik di Kampungnya. Nama kampun dia Kampung Batu Galah. Jangan tanya aku kenapa nama kampung camtu. Dengar saje cerita ni..

Nak dijadikan satu cerita. Ketika darjah 6, Rozali berjaya dalam exam UPSR. DAn dia dimasukkkan ke sekolah asrama penuh. Almaklumlah, keluarga Rozali tak berapa berada, maka orang2 kampung dok pakat kumpul duit nak hantar Rozali gi sekolah asrama penuh. Rozali terharu. Dia tak habis2 berjanji kt orang kampung yg dia akan jadi Doktor pertama yg lahir dari Kampung Batu Galah ini. Itu nekad dia. Mahu berbakti pada orang kampung.

Dan akhirnya, setelah belajar bersungguh2 di sekolah asrama penuh itu, dia sekali lagi berjaya dalam pelajarannya dan silap hari bulan dia dinobatkan pelajar terbaik peringkat sekolah waktu itu. Bapa mana yang tak terharu bukan sampaikan bapanya tumbangkan sekor lembu buat kenduri satu kampung. Dan disebabkan itu jugalah, Rozali ditawarkan belajar dalam bidang kedoktoran di Russia. Dan sekali lagi Rozali dihimpit masalah. Ya, masalah kewangan. Dia memerlukan belanja hampir 20 ribu ketika itu. Dan dengan keadaannya yg memang miskin itu, sekali lagi orang kampung pakat2 nak tolong Rozali.

Dan nak dijadikan cerita 20 ribu itu dapat dikumpulkan dalam masa tak sampai seminggu sebelum Rozali berlepas ke Russia. Orang kampung berjaya mengumpul dekat 10ribu, bantuan YB dan ketua kampung secara personal dekat seribu sorang..dan yg bakinya..bapa dia jual lembu dan pajak tanah pusaka diorang..dan cukuplah jumlah yang diperlukan, siap berlebih lagi buat belanja gula2 kat sana..

Masa kt airport Subang, berduyunlah org kampung kononnya nk menghantar si Rozali dengan harapan yg menggunung. Bapanya siap menangis. Mak ROzali dah lama meninggalkan. Tapi dia ada adik 8 orang..banyak tu. Siti anak ketua kampung nangis sebab tunangnya nak pergi luar negara. Mana taknya..takut ROzali main kayu tiga, sebab Rozali ni memang hensome dan kaki ngorat pempuan tapi otak bergeliga.

Dan genap 5 tahun lebih, Rozali sekali lagi berjaya dan layak bergelar sebagai seorang Doktor. Berikutan itu, ini bermaksud, tercapaila jua hasrat bapa dan orang kampung. Orang kampung begitu gembira dan Siti pun suka betul sebab Rozali dah berjaya. Tak sabar nak kahwin dengan ROzalilah..maklumlah. Bakal isteri Doktorlah katakan..

2 tahun kemudia. Rozali hidup bahagia. Bapanya meninggal dunia setahun yg lepas selepas sempat melihat cucu Rozali dengan Siti. Dan tersengam indah di hadapan rumahnya, sebuah kereta berwarna biru jenis Honda. Pada masa yg sama, ROzali mempunyai sebuah klinik yg kecil yg dikendalikan oleh dirinya dan dibantu oleh SItu sendiri.Orang Kampung tersangatlah hepi dan gumbira dengan apa yg terjadi terhadap ROzali. Dan Rozalilah merupakan insan perfek yg boleh dijadikan contoh terhadap Kampung Batu Galah kerana melahirkan seorang elit..dan ternyata Rozali tidak melupakan jasa orang kampung.

Hasil duit Kliniknya itulah, dia berjaya membina sebuah kompleks dikampungnya dan menyebabkan kampungnya membangun. Banyak kawasan ladang dan kilang dimajukan hasil buah pikirannya. Maklumlah, orang belajar kat Russia kan? So, otak pun maju ke depan dan siap pandaiĀ  jana wang lagi tu..Ketua Kampung lagilah hepi sebab akan bertanding kerusi Menteri..maklumlah ramai sangat dah dok menyokong dan juga hasil usaha Rozali sendiri. Menantu kesayangan..

Da hujung cerita ini.Rozali ternyata berjaya membawa peluang baru kepada orang kampung. Korang nampak kan apa yg aku nak sampaikan melalui cerita serba pendek ini?

Ya..yg pertama, usaha tangga kejayaan.

Kedua, niat. Rozali dari kecil lagi dah berniat ingin menjadi Doktor nak berkali2 menyatakan niatnya. Maksudnya dia tak main2 dan bersungguh dengan apa yg dia buat.

Yang ketiga : Nilai ilmu yg diperoleh oleh Rozali tidak dipersiakan. Walaupun dia dapa wat degree dalam perubatan tapi dia reti buat bisnes. Maksudnya otak mesti generated..lebih2 lagi otak belah kiri yg dok asik kira nombor tu..

Dan sebenarnya banyak lagi yg korang boleh dapat dalam cerita ini..inilah cerita Rozali dengan kereta berwarna biru..

Advertisements

How to start adsense?

September 13, 2006

ok..kali ini aku akan beritahu secara rawak tentang adsense. Mungkin ada yang masih keliru lagi tentang adsense. Nasihat aku, korang wat asignment sikit tentang adsense. Jangan harap orang dok asik suap je. Nak menda free je. Dan aku tidak nafikan aku pun suka menda free. Bab makan, memang aku tak tolak kalau free. Sedap lagi tu. Orang kata, benda free ni bagus, sedap !!

Untuk memulakan adsense, pertamanya anda kena tahu asas internet. Asas menggunakan internet. Jangan tak tau ada yang berkobar-kobar nak buat adsense, nak buat duit melalui internet. Tapi asas internet mahupun asas menggunakan komputer, habuk pun tarak..apa macam sikalang? Dan tidak kejam aku katakan, tak ramai umat melayu kat malaysia ni tahu apa itu internet dan dan tahu macam mana menggunakannya. Maka disinilah letaknya fungsi forum-forum dan blog yang menerangkan bagaimana internet itu berjalan dan sistem operasinya.

Hah ? Mesti dah ramai yg pening kepala. APala yang aku cakap ni. Tu orang yang tak tau. Kami yang dah tau nih..nak tips..nak cara camna nak dapat duit dari internet. Bagitahula cepat. Ni intro panjang sangat pehal ??

Sabar kawan..ilmu tu banyak. Kita kena belajar satu-satu. Tapi ada satu masa kita kena tamak ilmu. Nak belajar semua. Nak cedoksegala ilmu kat setiap blog dengan forum. Sabar, tak ke mana semua tu. Sila dapatkan ebook percuma yg bakal release dalam bulan ini juga. Tarikhnya mungkin ada segelintir yang sudah tahu..harap tidak menganggu kesabaran anda..ebook percuma itu sebahagian daripada ebook ‘adsense untuk student’ yg masih dalam proses pembaikpulihan..harap korang semua dapat bersabar.

Ok..dipendekkan cerita. Anda dah tau macamana nak guna komputer. DAh ada sambungan internet. Tak kiralah dial up atau broadband. Tapi still tak tahu memulakannya..ada 2 cara pantas. Anda berguru atau anda mencari buku panduan. So, pilihan di tangan anda.

Jika berguru, bergurulah kepada yang memang pandai. Yang boleh membantu kita.Contoh macam zul smartusaha, irfan khairi, sham raja adsense, shuth (saudagar.com.my) dan sebagainya. Ini antara usahawan internet yang sedang meningkat sekarang. Rata-rata sudah kenal siapa mereka.

Satu point penting, anda mesti ada email. Jangan anda rasa pelik jika ada segelintir di kalangan pelajar ipta/ipts tidak tahu apa itu email adn cara untuk menggunakannya. Ini tidak mustahil.. Dan itu yang dikesali sekarang. Kerana mereka mengabaikan kebaikan yang mampu memberikan kemudahan terpantas kepada mereka. Tetapi rata-rata, student sekarang, tak nampak bukan?

Tepuk dada, dada siapa yang sakit ?

Apa ada pada silat cekak hanafi

September 5, 2006

Ok..ada apa pada silat cekak hanafi ni? Asal ko asik cerita pasal silat je..buatlah pasal silat lain..martial lain..tai chi ke..taekwando ke..silambam ke..atau yg best2 sikit. Asyik-asyik silat je..

Em..itulah yang biasanya kita dengar kan ? Buat pengetahuan korang semua, bukan aku tak nak buat..tapi aku tak ada ilmu atau asas tentang self defense yg korang minta tu. Maaf sangat-sangatlah. Bukan sebab aku member silat cekak hanafi saja..ruang ini jugak akan aku muatkan pendapat dan komentar dari sumber yg boleh dipercayai..kebanyakkannya akan aku buat ulasan dari artikel yang bakal aku paparkan. HArap maklum. No question more, ok?

Baru-baru ni, kawan aku suruh aku buat website untuk kelab kami, alhamdulillah. Aku dah buat blog pasal kelab silat cekak hanafi untuk back up forum silat cekak hanafi ums. Dah siap pun..korang leh pergi melawat kalau ada masa.

Ok.apa sebenarnya yang ada pada silat cekak hanafi ni? Apa sejarah penubuhannya ? Dan apa yg best sangat pasal silat ni ? Inilah kebanyakkan jugak soalan yg aku dapat sejak buat blog tu..kebanyakkannya emel aku terus..aku bagi cadangan, korang terus je comment kat blog. Leh aku terus bagi jawapan. Yang aku dapat jawab, aku tolong jawab. Yang tak dapat jawab, aku cari jawapan sampai dapat. Tak dapat, aku ikhtiar jugak sampai dapat..asalkan korang puas ati..ok?

Forum silat cekak hanafi ums : Forum

Blog silat cekak hanafi ums : Blog