ok..kali ini aku akan beritahu secara rawak tentang adsense. Mungkin ada yang masih keliru lagi tentang adsense. Nasihat aku, korang wat asignment sikit tentang adsense. Jangan harap orang dok asik suap je. Nak menda free je. Dan aku tidak nafikan aku pun suka menda free. Bab makan, memang aku tak tolak kalau free. Sedap lagi tu. Orang kata, benda free ni bagus, sedap !!
Untuk memulakan adsense, pertamanya anda kena tahu asas internet. Asas menggunakan internet. Jangan tak tau ada yang berkobar-kobar nak buat adsense, nak buat duit melalui internet. Tapi asas internet mahupun asas menggunakan komputer, habuk pun tarak..apa macam sikalang? Dan tidak kejam aku katakan, tak ramai umat melayu kat malaysia ni tahu apa itu internet dan dan tahu macam mana menggunakannya. Maka disinilah letaknya fungsi forum-forum dan blog yang menerangkan bagaimana internet itu berjalan dan sistem operasinya.
Hah ? Mesti dah ramai yg pening kepala. APala yang aku cakap ni. Tu orang yang tak tau. Kami yang dah tau nih..nak tips..nak cara camna nak dapat duit dari internet. Bagitahula cepat. Ni intro panjang sangat pehal ??
Sabar kawan..ilmu tu banyak. Kita kena belajar satu-satu. Tapi ada satu masa kita kena tamak ilmu. Nak belajar semua. Nak cedoksegala ilmu kat setiap blog dengan forum. Sabar, tak ke mana semua tu. Sila dapatkan ebook percuma yg bakal release dalam bulan ini juga. Tarikhnya mungkin ada segelintir yang sudah tahu..harap tidak menganggu kesabaran anda..ebook percuma itu sebahagian daripada ebook ‘adsense untuk student’ yg masih dalam proses pembaikpulihan..harap korang semua dapat bersabar.
Ok..dipendekkan cerita. Anda dah tau macamana nak guna komputer. DAh ada sambungan internet. Tak kiralah dial up atau broadband. Tapi still tak tahu memulakannya..ada 2 cara pantas. Anda berguru atau anda mencari buku panduan. So, pilihan di tangan anda.
Jika berguru, bergurulah kepada yang memang pandai. Yang boleh membantu kita.Contoh macam zul smartusaha, irfan khairi, sham raja adsense, shuth (saudagar.com.my) dan sebagainya. Ini antara usahawan internet yang sedang meningkat sekarang. Rata-rata sudah kenal siapa mereka.
Satu point penting, anda mesti ada email. Jangan anda rasa pelik jika ada segelintir di kalangan pelajar ipta/ipts tidak tahu apa itu email adn cara untuk menggunakannya. Ini tidak mustahil.. Dan itu yang dikesali sekarang. Kerana mereka mengabaikan kebaikan yang mampu memberikan kemudahan terpantas kepada mereka. Tetapi rata-rata, student sekarang, tak nampak bukan?
Tepuk dada, dada siapa yang sakit ?

